Tuesday, May 19, 2009

Tips Sambut Happy Anniversary


Setiap pasangan kekasih pasti mengingati serta meraikan hati ulang tahun percintaan mereka. Meraikan hari ulang tahun itu tidak salah malah ia baik kerana ini adalah salah satu cara menunjukkan kasih saying masing-masing masih menebal biarpun percintaan dimamah masa dari tahun ke tahun.

Namun tidak perlulah meraikannya terlalu keterlaluan. Bukan cara sambutan itu yang jadi ukuran kasih sayang tetapi apa yang lebih penting kamu saling mengingati satu sama lain. Ikutlah panduan dibawah bila tiba hari ulang tahun percintaan kamu dan pasti si dia gembira dengan apa yanjg kamu lakukan ini.

Langkah Pertama
UCAPAN adalah yang paling penting. Sebaiknya tepat jam 12 tengah malam pada tarikh hari ulang tahun percintaan kamu kirimkanlah SMS romantic buat si dia dan nyatakan perasaan kamu selama bersamanya.

Langka Kedua
Atur Pertemua dan luangkan masa bersama si dia di hari ulang tahun kamu berdua. Andai ada peluang pergilah bercuti raikannya sehari bersama. Bermula dari bersarapan bersama, kemudian membeli belah dan seterusnya menonton wayang. Jadikanlah hari istimewa ini paling manis buat kamu berdua.

Langkah Ketiga
Makan Malam Berlilin bukanlah peluang yang selalu dapat dilakukan. Apa salahnya kelau setahun sekali kamu dan si dia makan bertemankan lilin dengan suasana yang penuh romantic. Kalau tidak mampu ke restoran eksklusif apa kata kamu sediakan sendiri. Jadikan lama rumah sebagai restoran bertaraf 5 bintang. Nyalakan lilin di sekeliling lama. Kemudian, mainkan lagu-lagu cinta, pasti lebih romantik kan?

Langkah Keempat
Hadiah juga salah satu keperluan ketika meraikan hari ulangtahun kamu berdua. Saling bertukar hadiah adalah sebagai tan kamu saling menghargai dan berterima kasih. Nilai hadiah tidak penting, mahal atau murah ianya bergantung pada kemampuan. Apa yang lebih penting adalah kamu ikhlas member.

Langkah Kelima
Kejutan membuatkan si dia berasa terharu dan gembira. Buatlah satu kejutan dan tidak bergantung pada makan malam dan hadiah sahaja. Mungkin setelah selesai makan dan beri hadiah kamu boleh memainkan gitar atau piano lagu cipataan kamu sendiri yang ditujukan khas buat si dia ataupun jika kamu berbakat berpuisi atau bersajak. Kamu deklamasikanlah sajak atau puisi untuknya. Pasti sambutan ulangtahun kamu kali ni lebih romantik

Baca Lebih Lanjut...

Rahsia Bulan Cinta


Setiap orang dilahirkan dalam bulan berbeza mempunyai sifat-sifat tersendiri ketika bercinta. Berikut adalah ramalan 12 bulan sikap setiap orang dalam bercinta. Namun jangan jadikannya sebagai satu kepercayaan, tetapi cukup sekadar hanya sebagai panduan dalam melayari dunia cinta.


JANAURI
* Mudah jauh cinta terharap individu yang mempunyai daya tarikan.
* Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yanjg dicintainya sekiranya dikhianati.
* Sukar setia pada yang satu.
* Pandai mengambil hati tetapi mudah melukai.
* Selalu berdiam diri ketika bertemu pasangan.
* Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Sikap cemburu yang tinggi tetapi tidak kisah sekiranya pasangannya cemburu terhadapnya.
* Pasangan ideal: Lahir bulan 3,6,8,11

FEBRUARI
* Sukar untuk jatuh cinta tetapi mudah untuk mengkhianati pasangan.
* Amat hormat kepada pasangan.
* Amat suka memikat pasangan.
* Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
* Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya.
* Sangat romantic pada dalaman dan bukan pada luaran.
* Patuh kepada pasangan dan selalu menjaga hati pasangan.
* Kurang beremosi terhadap pasangan.
* Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
* Pasangan ideal : Lahir bulan 5,9,10,12

MAC
* Mudah menawan hati pasangannya.
* Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
* Sanat pemalu dalam meluahkan isi hati.
* Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
* Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
* Perasaan cemburu yang sederhana.
* Sengat manja dan sering ingin dimanjakan pasangannya.
* Mudah memilih pasangan tanpa berfikir panjang.
* Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
* Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.
* Berprasangka terhadap pasangan.
* Pasangan ideal : 1,5,10,12

APRIL
* Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.
* Selalu memendam perasaan terhadap individu dicintai.
* Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
* Sentiasa ingin diberi perhatian.
* Amat cemburu dalam perhubungan.
* Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
* Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
* Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
* Romantic dan terlalu romantic.
* Suka melupakan pasangan walaupun dilukai.
* Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
* Kebanyakan individyu yang lahir dalam bulan ini boleh dinggap “hamba cinta” sepertiLaila, Juliet, Siti Zulaika.
* Pasangan ideal : Lahir bulan 2,4,7,11

MEI
* Amat mudah jatuh cinta.
* Baik dan jujur dalam perhubungan.
* Pandai menarik hati pasangan.
* Mudah untuk dipujuk.
* Kurang suka untuk sentiasa bersama.
* Mudah menerima cinta seseorang.
* Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
* Nekad uhtuk menjaga hubungan yang baik.
* Pandai mengatur hidup pasangan tetapi bukan queen control.
* Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
* Sentiasa dahagakan kasih saying dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkkan.
* Pasangan ideal : Lahir bulan 6,9,10,11

JUN
* Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
* Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
* Mudah jatuh hati tetapi tidak terlalu memilih.
* Cerewet dalam hubungan.
* Mudah merajuk dan mudah dipujuk.
* Cepat rasa bisan dalam percintaan.
* Kurang yakin dalam perhubungan.
* Selalu melindungi pasangan dan kritikan atau umpatanj orang.
* Dahagakan pujian dari pasangan.
* Pasangan ideal : 1,3,5,8

JULAI
* Amat sukar didampingi pasangan.
* Sukar dimengerti oleh pasangan.
* Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubugan.
* Amat mudah dipujuk danb berterus terang.
* Amat menghargai kesetiaan pasangan.
* Mengambil berat dan mengasihi pasangan.
* Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
* Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
* Suka merajuk dan dipujuk.
* Setia terhadap pasangan.
* Sukla mendengar dan tidak suka membantah.
* Cemburu terhadap pasangan.
* Suka menilai dan menjaga perhubungan.
* Pasangan ideal : Lahir bulan 4,6,7

OGOS
* Tidak serius dalam perhubungan.
* Mengambil mudah dalam perhubungan.
* Kesetiaan diragui.
* Pendai memujuk pasangan.
* Suka memimpin pasangan.
* Romantic, pengasih dan penyanyang.
* Kelam-kabut dalam perhubungan.
* Sering bertukar pasangan.
* Sukar mencari pilihan yang tepat.
* Sangat sensitive dan tahap cemburu yang sederhana.
* Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenaan.
* Pasangan ideal : Lahir bulan 1,6,10,12

SEPTEMBER
* Bersopan santun dalam perhubungan.
* Bertolak ansur terhadap pasangan.
* Suka mengkritik pasangan.
* Suka prihatin terhadap pasangan.
* Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
* Amat memilih pasangan.
* Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
* Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
* Pasangan ideal : Lahir bulan 3,6,8,11

OKTOBER
* Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
* Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
* Sopan terhadap pasangan.
* Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
* Muda terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
* Suka menerima pandangan pasangan.
* Emosi yang mudah terusik.
* Pengasih dan penyayang terhadap pasangan.
* Cemburu dan terlalu cemburu.
* Romantik.
* Memahami pasangan.
* Pasangan ideal :Lahir bulan 1,2,4,5,8,9,10,12

NOVEMBER
* Banyak helah dalam menghadapi pasangan.
* Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
* Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa sahaja.
* Degil dan ingkar dengan pasangan.
* Tidak suka dikongkong oleh pasangan.
* Mudah ambil berat terhadap pasangan.
* Sambil lewa dalam perhubungan.
* Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.
* Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
* Kurangmenghargai pasangan dalam hal-hal percintaan.
* Kurang bersama dengan pasangan.
* Pasangan ideal : Lahir bulan 4,7

DISEMBER
* Pemurah dalamn perhubungan.
* Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
* Tergesa-gesa dalam perhubungan.
* Sukar didampingi oleh pasangan.
* Benci dikongkong.
* Suka mempengaruhi pasangan.
* Curang dalanm percintaan.
* Kurang bekerjasam dengan pasangan.
* Selalu cuba untuk mencari pasangan baru .
* Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.
* Pasangan ideal : Lahir bulan 3,9,11,12

Baca Lebih Lanjut...

Monday, May 18, 2009

Rahsia Serasi Bersama Selamanya

Anda dan dia tidak merancang untuk menamatkan zaman bujang terlalu awal kerana masih mudah dan belum puas “enjoy”. Tetapi dalam masa yang sama anda juga bimbang andainya cinta yang telah lama dibina tanpa ikatan akan pudar. Berikut adalah tip untuk mengunci hatinya dan pasti setiap hari akan bertambah cintanya.

Adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila kamu menyatakan bahawa hanya dirinya seorang bertakhta di hati buat selamanya dan tiada duanya.

Setiap kali dia melakukan kesilapan jangan sesekali merendah-rendahkan dirinya. Tugas anda adalah member sokongan agar dia bangkit memperbaiki kesilapan dan bukan membuatkan dirinya rasa rendah diri.

Jangan terlalu berdandan sehingga membuatkan si dia bosan denganmu.

Jangan rasa terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa melakukan sesuatu yang kecil untukmu.

Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa kerana si dia akan menganggap kamu lebih suka orang lain dari dirinya.

Hargailah peribadi miliknya, jangan sesekali menceroboh membaca diarinya.

Berikan nama gelaran yang mesra tetapi hanya kamu berdua sahaja yang mengetahuinya.

Jangan malu untuk member mesej atau ucapan sendiri padanya jika kamu rindukan dia terutama apabila si dia tidak ada di sampingmu.

sentiasa mengingatinya dalam apa juga situasi yang kamu lakukan dan percayalah apabila kamu mengingatinya dia juga akan begitu.

Setiap malam telefonlah dia untuk mengucapkan selamat malam.

Sekiranya ada kelapangan ajaklah dia bercuti.

Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan dan sambutan yang berlainan setiap tahun.

Jika dia membyar tiket wayang tidak salah kalau anda pula membeli makanan dan minuman ringan.

Jika kamu mempunyai lessen memandu jangan biarkan hanya dirinya yang memandu.

Tawarkanlah bantuan anda untuk membantunya memandu agar si dia tidak berasa seperti pemandu.

Paling menarik adalah apabila anda sekali-sekala menghantarkan kad ucapan yang dibuat sendiri. Jangan tunggu sehingga hari jadinya atau ulangtahun bersama, hari-hari biasa juga kamu boleh meluahkan perasaan cintamu padanya.

Apabila berlaku perkara yang memalukan pada dirnya, jangan bertanya atau mencungkil perkara tersebut sebaiknya buat-buatlah tidak tahu.

Baca Lebih Lanjut...

Friday, May 15, 2009

Rahsian Cinta Melalui Warna

Cinta terbentuk dari gabungan dua hati. Keserasian dan persefahaman adalah inti utama sesebuah percintaan. Namun mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana cara untuk mengukur keserasian dan persefahaman dalam percintaan dari hanya melihat melalui mata kasar sahaja.

Apakah jenis warna kesukaan kamu dan juga si dia? Adakah kamu mempunyai cita rasa yang sama? Jangan ingat menyukai warna yang sama kamu berdua sudah rasa serasi. Cinta perlu ada dua kombinasi warna yang berlainan dan serasi barulah ianya boleh dikategorikan sebagai pasangan yang ideal. Berikut adalah semakan rahsia cinta di sebalik warna.

Hijau + Oren
Kombinasi warna yang agak kurang serasi kerana kedua-duanya manja. Setiap kali bertemu kamu dan si dia masing-masing mahukan perhatian. Apabila kedua-duanya gagal mendapat perhatian antara satu sama lain mulalah perang dingin. Cara terbaik kedua-duanya haruslah berbincang apa yang pasangan mahukan dan sama-sama berusaha untuk meberi perhatian antara satu sama lain.

Merah + Biru
Biru seorang yang suka beralah dan berjiwa lembut. Kebanyakan orang yang suka warna biru adalah orang seni. Merah pula agak agresif orangnya dank eras hati. Kalau boleh setiap yang diingini harus diturutkan. Tetapi untunglah mendapat pasangan yang boleh bertolak ansur. Walaubagaimanapun janganlah terlalu mendesak kerana kesabaran seseorang ada batasnya.

Merah + Oren
Sama-sama agresif dan tahan lasak. Pasangan ini gemarkan aktiviti yang mencabar. Mereka jarang meluahkan rasa cinta antara satu sama lain kerana lebih suka mengamalkan konsep “sendiri mahu ingat”. Namun hal cinta mereka tidak padan untuk bersama kerana tiada perasaan rasa cinta. Sebaiknya si merah dan si oren perlu di pertemukan dengan insane yang romantic dan boleh buat mereka lupa seketika tentang dunia mereka dan beralih kepada dunia cinta.

Biru + Hijau
Sempurna! Ini adalah pasangan yang paling ideal. Kedua-duanya pengasih dan penyayang. Namun adakalanya dua pasangan ini seperti tidak ada jodoh. Ada saja cabaran dan halangan mereka dalam bercinta. Walabagaimanapun biar sekuat mana badai melnda, sejauh mana mereka terpisah namun hati mereka tetap ingat satu sama lain. Oleh itu untuk si biru carilah pasangan si hijau. Cinta kamu berdua memang romantis.

Baca Lebih Lanjut...

Cinta Akan Lebih Indah Jika...


Tetapkan waktu tertentu setiap minggu untuk menghabiskan waktu selama dua jam dengannya tanpa gangguan dari sesiapa pun. Jika kamu terpaksa melakukan sebarang kerja, cuba menundanya di waktu yang lain.

Selalu sediakan kertas dan pen bila kemana sahaja, gunakannya untuk menulis pesanan-pesanan mesra ketika kamu berada di mana-mana contohnya di ketika menunggu giliran di bank atau terus sahaja kirimkan sms.

Membuat kejutan untuknya dan satu-satu tetamu yang datang adalah kamu!

Membuat album foto bersama yang mengandungi gambar-gambar lama dan baru kamu dan dia. Kemesraan pasti akan kembali membara.

Menonton filem romantis bersama. Kamu dan dia mungkin akan terfikir alangkah romantisnya andai kamu dan dia jadi seperti hero dan heroin dalam filem tersebut.

Sentiasa menganggap si dia paling istimewa dan utamakan dia dalam segala hal.

Sesekali tidak salah kamu membuat kejutan membelikan dia sebarang hadiah walaupun bukan pada hari lahirnya. Sekurang-kurangnya si dia tahu kamu sentiasa meningatinya walau di mana kamu berada.

Bawa si dia ke tempat yang paling disukainya. Kamu pasti akan gembira melihat si dia sentiasa tersenyum.

Baca Lebih Lanjut...

Cinta Lelaki Lebih Hebat

Dalam hubungan cinta, lelaki sering dilabelkan perkara-perkara yang negative. Misalnya lelaki mata keranjang, buaya, kasanova, playboy dan sebagainya. Manakala perempuan kebanyakkannya positif. Diakui lelaki kebih diragui kejujurannya dari perempuan. Namun percaya atau tidak disebalik sikap buruk yang dimiliki, lelaki sebenarnya seorang pencinta yang hebat dan lebih hebat dari perempuan. Tidak percaya? Tiga perkara dibawah boleh meyakinkan kamu!

Lelaki lebih menghargai pandangan kekasih
Pujian mungkin boleh membuatkan seseorang itu riak dan sombong. Namun lelaki begitu suka andainya mendapat pujian dari orang yang dicintainya. Biarpun semua teman-teman mengkritik apa yang dipakainya atau hasil kerjanya namun oleh kerana pasangannya suka lelaki akan terus-menerus memakai dan melakukannya. Berbeza dengan perempuan lebih utamakan pandangan orang dari pandangan pasangannya sendiri. Kalau lelaki kata tidak cantik berkeras mahu pakai juga tetapi bila orang lain yang beri pandangan terus diikutkan. Betul kan?

Lelaki lebih setia
Memang benar lelaki ada sifat yang sedikit gatal. Namun sebenarnya lelaki lebih setia dari perempuan. Buktinya lelaki apabila mencintai seseorang dia sanggup berkorban dan lakukan apa sahaja untuk pasangannya biarpun terpaksa bersusah. Mereka sanggup makan mi segera dirumah semata-mata mahu memastikan ada wang untuk penuhi apa yang pasangannya inginkan. Sedangkan perempuan hanya dimulut saha mengata mahu susah bersama tapi akhirnya memberontak.

Lelaki Lebih Memahami
Soal memahami ini kalau dilihat dengan mata kasar sememangnya nampak perempuan lebih memahami kerana sifat perempuan yang lembut. Walaubagaimanapun bila dikaji semula, lelaki sebenarnyalebih bersifat memahami. Buktinya lelaki sanggup menunggu bila perempuan lambat. Duduk dalam kereta berjam-jam pun sanggup. Tetapi perempuan sentiasa mahukan semuanya berjalan mengikut masa yang ditetapkan. Baru lambat lima minit tetapi marahnya seperti lambat berjam-jam.

Baca Lebih Lanjut...

Sifat Lelaki Yang Wanita Tidak Suka


Lelaki jugak tidak lari daripada sifat buruk, malahan sifat buruk lelaki terlalu banyak untuk dipertikaikan namun tidak semua lelaki itu bersifat buruk sedemikian. Kekuatan lelaki daripada wanita memang tidak dapat dibanding namun itu bukan ukuran bagi seseorang lelaki itu berkuasa dan boleh berfoya-foya, untuk meraih cinta sejati lelaki harus mengubah sifat buruk tersebut, berikut adalah sifat lelaki yang wanita tidak suka.

Meninggikan Suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

Main Kayu Tiga
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

Suka "Cuci Mata"
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

Mengongkong
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

Ego
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

Penipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

Perasan
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

Penting Diri Sendiri
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

Kurang Beri Perhatian
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

Cemburu Buta
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

Mata Duitan
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

Komited Terhadap Kerjaya
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

Panas Baran
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

Pengotor
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

Gelojoh
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

Pentingkan Kawan-kawan
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

Tidak Tahu Menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

Putar Belit
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

Kontrol Macho
Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Baca Lebih Lanjut...